INFOBRAND.ID-AmBank Group telah membiayai sebahagian daripada pelaburan RM30 juta membabitkan pusat sehenti bagi rantaian bekalan Baskin-Robbins di Bandar Serenia, Sepang.
Pelaburan dalam pemegang francais induk dan pengendali Baskin-Robbins Malaysia dan Singapura, Golden Scoop Sdn Bhd (Golden Scoop), akan turut menggabungkan aspek penyimpanan, pengeluaran dan pengedaran jenama besar aiskrim itu dengan mengembangkan kapasiti melebihi 150 cawangan sedia ada di seluruh Malaysia dan Singapura.
Dalam kenyataan bersama hari ini, syarikat terbabit berkata kilang baharu itu dilengkapi dengan sistem penyimpanan automatik yang membantu pengautomasian kerja-kerja berulangan, mengurangkan tenaga kerja manual selain meningkatkan produktiviti dan kualiti produk secara menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata Golden Scoop berupaya mengubah dan memodenkan proses pengeluaran dengan memulakan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) untuk meningkatkan kecekapan serta keberkesanan proses berkaitan.
Beliau juga menyifatkan pelaburan tersebut seiring dengan aspirasi pendigitalan AmBank sebagai institusi kewangan yang menerimaguna IR 4.0 dan memperkasa pelanggannya untuk mendapatkan kecemerlangan operasi yang dipacu oleh digital